Sehingga ke hari ini polis masih memburu pembunuh adik Nurin Jazlin Jazimin. Kejayaan terbaru polis pada masa kini ialah terberkasnya suspek yang dipercayai terlibat dengan kes pembunuhan ini.
Seramai 4 lelaki dan seorang perempuan ditahan untuk menjalani siasatan dan ujian DNA.
Berikut adalah gambar eksklusif penangkapan suspek kes ini.
Recent Oil Price
Saturday, September 29, 2007
Suspek Pembunuh adik Nurin Jazlin
Posted by Najib at 9/29/2007 06:06:00 PM 0 comments
Bersederhana di bulan puasa
Sempena bulan Ramadhan ini, pasti ramai yang akan mengunjung ke bazaar ramadhan untuk membeli juadah berbuka puasa. Tetapi, kita tidaklah perlu terlalu boros dalam membeli juadah dengan terlalu mengikut nafsu.
Bersederhanalah di bulan mulia ini dan janganlah menunjuk-nunjuk kemewahan kita kepada orang lain. Jadilah seperti jutawan ini. Tidak suka menunjuk-nunjuk kekayaannya kepada orang :)
Selamat Berpuasa....
Posted by Najib at 9/29/2007 05:44:00 PM 0 comments
Helikopter yang bakal menggantikan helikopter Nuri
Sudah hampir sebulan lebih selepas peristiwa kemalangan helikopter Nuri milik TUDM di Gunung Bunga Buah, Karak. Rakyat Malaysia tidak akan melupakan nahas itu kerana ia adalah nahas helikopter yang ke-18 yang melibatkan helikopter Nuri.
Disebabkan ramai pihak yang menyalahkan kerajaan kerana masih menggunakan helikopter yang boleh dikatakan helikopter klasik kerana telah diguna pakai semenjak tahun 1968, kerajaan telah mengishtiharkan tentang penukaran pesawat Nuri kepada pesawat yang lebih baru.
Setakat ini, sebanyak 3 syarikat telah mula menarik minat kerajaan untuk mengambil tender untuk membekalkan helikopter kepada kerajaan Malaysia. Syarikat yang telah menunjukkan minat ialah Eurocopter, Augusta Westland dan Sikorsky Aviation Corporation (SAC).
Inilah helikopter yang bakal digunakan negara kelak.
EH-101 (Augusta Westland)
COUGAR AS-532 (Eurocopter)
Mungkinkah selepas ini, kita tidak akan mendengar lagi berita tentang kemalangan helikopter yang melibatkan pesawat TUDM??
Jika wujud lagi kemalangan pesawat-pesawat TUDM, kita boleh simpulkan bahawa mungkin TUDM tidak memberikan latihan yang cukup kepada juruterbang negara kita..... atau ia mungkin ia hanya takdir ketentuan Tuhan...
Posted by Najib at 9/29/2007 01:49:00 AM 0 comments
Sunday, September 23, 2007
Alfatihah kepada adik Nurin Jazlin Jazimin
Setelah hampir sebulan kes kehilangan adik Nurin Jazlin. Kita digemparkan dengan berita penemuan mayat seorang kanak-kanak yang dijumpai di dalam sebuah beg di mana mayat kanak-kanak itu dilipat kakinya untuk dimuatkan ke dalam beg itu.
Hasil ujian DNA, pasukan forensik polis Malaysia mengesahkan bahawa 99.99% DNA mayat itu mempunyai persamaan dengan keluarga Jazimin. Ini sekaligus mengesahkan bahawa mayat itu adalah adik Nurin Jazlin.
Kenapakah wujudnya pembunuh yang kejam seperti ini di negara kita?
Adakah pembunuhan ini bermotifkan dendam, pembunuhan rambang atau nafsu seksual?
Kita amat sedih sekali apabila mendapati bahawa persekitaran tempat tinggal kita tidak lagi selamat kerana kemungkinan pembunuh ini ada di sekitar kawasan rumah kita.
Adakah kita perlu sentiasa mengawasi gerak-geri anak-anak kita setiap masa? Sesuatu perlu dilakukan oleh kerajaan dari segi menaiktaraf profesionaliti unit forensik dan memantau setiap bekas penjenayah seksual di negara ini.
Jika kita lihat, polis mengenal pasti identiti mayat itu dengan menggunakan DNA dari sampel darah atau rambut. Namun, cara yang paling mudah untuk mengenali identiti seseorang itu hanyalah dengan mengambil cap jari ( finger print) kerana setiap manusia mempunyai cap jari yang berlainan.
Namun, cara tidak dapat dipraktikkan lagi kerana kita masih tidak mempunyai database yang mampu untuk membandingkan sampel cap jari dengan cap jari di dalam database komputer.
Marilah kita berdoa semoga kejadian ini adalah kejadian yang terakhir yang melibatkan kanak-kanak yang masih tidak mengenali erti kehidupan lagi. Semoga pemergian adik Nurin Jazlin menjadi ikhtibar untuk kerajaan dan semua masyarakat Malaysia bahawa kita perlu saling bantu-membantu diantara jiran dan masyarakat.
Posted by Najib at 9/23/2007 01:46:00 AM 0 comments
Labels: jazimin, kematian, nurin jazlin
Thursday, September 20, 2007
Monday, September 17, 2007
Dewa 19 Perjuangkan Yahudi?
Tanpa kita sedari, rupa-rupanya Ahmad Dhani, vokalis Dewa 19 adalah seorang yg berketurunan Yahudi. Menurut sumber, dia pernah menyebut bahawa generasi terdahulunya adalah keturunan German beragama Yahudi. Thanks to Jan Pieter Frederich Kohler( thanks for the Gen) adalah satu ucapan dari Ahmad Dhani yang mengundang kontroversi dimana beliau Berbangga dengan keturunannya.
Kumpulan telah lama mengundang syak dari pihak ulama dan pengkaji Agama Indonesia apabila setiap album Dewa memaparkan simbol dan lambang yang berkaitan dengan pergerakan Yahudi.
Tokoh budayawan Indonesia, H Ridwan Saidi berkata,"Saya sebagai orang yang telah lama mempelajari dan mendalami Zionisme BERANI mengatakan bahawa ini(Kumpulan Dewa) merupakan usaha penyebaran simbol-simbol Yahudi yang terbesar dalam sejarah Indonesia." Bekas anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) yang kini dikenali sebagai tokoh budayawan pernah menjejakkan kaki ke Israel untuk mempelajari Zionisme dan agama yahudi.
Dalam album TERBAIK-TERBAIK (1995), Ridwan mendakwa simbol yang terpampang pada kulit album itu adalah imej DEWA RA (dewa matahari dalam metologi Mesir Kuno) yang diterima oleh penganut yahudi sebagai salah satu Tuhan mereka. Seperti orang Islam dan Kristian, Yahudi turut menyembah Allah yang dipanggil YHWH (Yehweh) tetapi TUHAN bagi mereka bukan ESA atau satu.YEhweh (Allah) sebaliknya dianggap sebagai LORD OF THE LORDS (Tuhan segala Tuhan) yang selain Allah ada lagi tuhan-tuhan yang lain. (Dalam album Laskar Cinta, Ahmad Dhani turut menyebut ALLAH SWT sebagai LORD OF THE LORDS)Huh
"Dalam album yang sama, ada pula satu halaman PROTOCOL OF ZIONS (Protokol Zionis) dalam bahasa Hebrew (bahasa Yahudi) yang siap dengan judul dan logo." katanya yang memang menguasai bahasa tersebut. Simbol Protocol Of Zions yang berbentuk mata menggambarkan perjuangan Zionis untuk 'memerhati' dunia dan menguasainya. Dikatakan mata itu juga adalah sempena mata OSIRIS, salah satu daripada dewa yahudi. Ada juga orang menganggap simbol mata satu itu adalah 'MATA DAJJAL' atau mata syaitan (Evil Eyes).
Dalam album THE BEST OF DEWA 19 (1999), terdapat simbol panah dan garis lurus yang memotong salib. Itu merupakan salah satu simbol gerakan Freemason, pertubuhan yang menaungi segala kegiatan Zionisme antarabangsa melalui gerakan sulit dalam pelbagai bidang seperti kebajikan, ekonomi, politik dan sebagainya.
Dalam album BINIMA (2000), gambar sayap yang digunakan merupakan simbol kumpulan THEOSOFIE, sebuah pertubuhan keagamaan Yahudi. lambang sayap juga adalah lambang rasmi DEWA yang turut digunakan dalam album ATAS NAMA CINTA I & II (2004). Album CINTAILAH CINTA (2002) pula memuatkan simbol EYE OF HORUS. Horus adalah Dewa Burung, salah satu dewa orang Yahudi yang berasal dari mitologi Mesir Purba. Selain itu, banyak terdapat simbol mata gerakan Freemason.
Dalam album terbaru LASKAR CINTA (2005) turut mencetuskan kontroversi ialah lagu 'SATU' yang bagi Ridwan Saidi membawa mesej ajaran sesat WAHDATUL WUJUD yang dipelopori Sheikh Siti Jenar yang turut dikenali dengan penggilan AL HALLAJ. Dalam kata-kata aluan di kulit album, Ahmad Dhani sendiri dikatakan mengesahkan 'hubungan' itu dengan ungkapan:"THANKS TO: AL-HALLAJ" manakala di bawah lirik tersebut pula terbdapat ucapan :"THANKS TO SYEKH LEMAN ABANG". 'SYEKH LEMAN ABANG' adalah nama lain bagi SHEIKH SITI JENAR!!!
Satu lagi kontroversi yang dicetuskan apabila Ahmad Dhani dalam ruangan kata-kata aluan menulis :"DHANI THANKS TO...JAN PIETER FREDERICH KOHLER (THANKS FOR THE GEN)" yang bermaksud :"DHANI BERTERIMA KASIH KEPADA...JAN PIERTER FREDERICH KOHLER (TERIMA KASIH ATAS DARAH KETURUNANNYA).Ridwan mendakwa, Jan Pierter Frederich Kohler yang disebut Ahmad Dhani merupakan nama datuk dari keturunan sebelah ibunya, Joyce Theresia Pamela Kohler.KOHLER katanya adalah nama keluarga atau nama marga orang Jerman. "Dhani ternyata begitu bangga akan darah keturunannya itu." kata Ridwan
Kini terlerailah sudah tanda tanya mengapa selama ini dia sering mengenakan kalung yang berloket Bintang David, simbol zionis seperti yang terdapat pad bendera negara Israel. (Pada lewat tahun 1990an dulu, seorang artis wanita Malaysia juga pernah mencetuskan kontroversi kerana memakai loket simbol yang sama).
Posted by Najib at 9/17/2007 07:37:00 PM 0 comments
Missing Person
Sesiapa yang pernah terlihat kanak-kanak ini selepas 20 Ogos 2007. Silalah hubungi nombor yang tertera di iklan ini. Sehingga sekarang tiada petunjuk untuk pihak berkuasa untuk mencari kanak-kanak ini.
Sama-sama kita doakan semoga beliau dapat pulang ke pangkuan keluarga mereka.
Posted by Najib at 9/17/2007 06:52:00 PM 0 comments
Pertunangan Erra Fazira & Engku Imran berhantaran senaskah Al-Quran
Erra Fazira, 33, bakal menamatkan zaman janda apabila menerima pinangan dari pihak jejaka pilihan hatinya, Engku Emran Dato Engku Zainal Abidin, 32, Ketua Pegawai Operasi (COO) SuriaFm di kediaman Erra, yang terletak di Damansara Kim pada petang Jumaat lalu..
Pertunangan yang berlangsung secara sederhana tetapi tetap diselubungi dengan kemeriahan dan secalit glamor, turut dihadiri oleh para wartawan, sebilangan artis seperti Umie Aida, Zahida Rafik, Zaibo, penerbit filem Raja Alawiyah, beberapa kenalan dan keluarga terdekat.
"Wang hantaran hanya adat saja. Saya sudah lalui semua ini dahulu. Wang ringgit itu semua akan datang kemudian," ujar Erra lagi seolah-olah meminta pengertian dari semua orang.
Bonda Engku Emran, Toh Puan Salmah Hj Abdullah telah menyarungkan cincin ke jari manis Erra yang duduk persis seorang 'Puteri' di atas pelamin ciptaan Pak Abu. Pelamin indah yang bertemakan warna krim dan putih itu tampak menarik dengan hiasan jambangan bunga mawar merah di kiri dan kanan berlatarkan kain sutera berombak serta dipenuhi dengan taburan kelopak bunga mawar.
Posted by Najib at 9/17/2007 12:56:00 AM 0 comments
Labels: Al-Quran, Erra, Fazira, Imran, Pertunangan.Engku
Sunday, September 16, 2007
Gambar kontroversi di antara Ashraf Sinclair dan Bunga Cinta Lestari
Baru-baru ini, seorang artis tempatan Malaysia, Ashraf Sinclair telah menimbulkan kontroversi apabila gambar panas Ahraf Sinclair bersama Bunga Cinta Lestari, seorang artis dari Indonesia tersebar luas.
Gambar itu dirakamkan oleh paparazi yg sentiasa tertanya-tanya hubungan di antara Ashraf dan Bunga yang tidak dapat dikenalpasti sehinggalah gambar bercumbuan itu diambil. Ternyata, mereka bukan hanya sekadar teman.
Gambar ini diambil pada 3 September 2007, Ashraf dan Bunga ketika sedang berkelah di Bali bersama rakan-rakannya.
Penyebaran gambar ini telah menyebabkan beliau terpaksa membuat kenyataan terhadap media mengenai kejadian ini dan mengaku dia memang ada bersama Bunga dan melakukan aksi romantik ini.
Bunga Cinta Lestari,20 adalah seorang penyanyi yang makin popular di Indonesia yang terkenal dengan lagu Sunny, soundtrack file Cinta Pertama.
Posted by Najib at 9/16/2007 02:40:00 AM 1 comments