Google

Saturday, September 29, 2007

Suspek Pembunuh adik Nurin Jazlin

Sehingga ke hari ini polis masih memburu pembunuh adik Nurin Jazlin Jazimin. Kejayaan terbaru polis pada masa kini ialah terberkasnya suspek yang dipercayai terlibat dengan kes pembunuhan ini.

Seramai 4 lelaki dan seorang perempuan ditahan untuk menjalani siasatan dan ujian DNA.

Berikut adalah gambar eksklusif penangkapan suspek kes ini.


Penyerbuan rumah suspek atas maklumat orang awam

2 lagi suspek ditahan di perumahan Kampung Kuantan, Klang

antara barangan yang turut disiasat oleh pasukan forensik di Seksyen 7, Shah Alam

kenderaan suspek turut diperiksa oleh forensik


Sumber: mstar

Bersederhana di bulan puasa

Sempena bulan Ramadhan ini, pasti ramai yang akan mengunjung ke bazaar ramadhan untuk membeli juadah berbuka puasa. Tetapi, kita tidaklah perlu terlalu boros dalam membeli juadah dengan terlalu mengikut nafsu.

Bersederhanalah di bulan mulia ini dan janganlah menunjuk-nunjuk kemewahan kita kepada orang lain. Jadilah seperti jutawan ini. Tidak suka menunjuk-nunjuk kekayaannya kepada orang :)


Selamat Berpuasa....

Helikopter yang bakal menggantikan helikopter Nuri

Sudah hampir sebulan lebih selepas peristiwa kemalangan helikopter Nuri milik TUDM di Gunung Bunga Buah, Karak. Rakyat Malaysia tidak akan melupakan nahas itu kerana ia adalah nahas helikopter yang ke-18 yang melibatkan helikopter Nuri.

Disebabkan ramai pihak yang menyalahkan kerajaan kerana masih menggunakan helikopter yang boleh dikatakan helikopter klasik kerana telah diguna pakai semenjak tahun 1968, kerajaan telah mengishtiharkan tentang penukaran pesawat Nuri kepada pesawat yang lebih baru.

Setakat ini, sebanyak 3 syarikat telah mula menarik minat kerajaan untuk mengambil tender untuk membekalkan helikopter kepada kerajaan Malaysia. Syarikat yang telah menunjukkan minat ialah Eurocopter, Augusta Westland dan Sikorsky Aviation Corporation (SAC).

Inilah helikopter yang bakal digunakan negara kelak.


SIKORSKY S-62 (Sikorsky Aviation Corporation)

EH-101 (Augusta Westland)

COUGAR AS-532 (Eurocopter)

Jika dilihat, helikopter Sikorsky S-62 adalah model helikopter Nuri (Sikorsky S-61) yang telah dipertingkatkan ciri-ciri keselamatan dan menggunakan teknologi baru dalam navigasi helikopter.

Mungkinkah selepas ini, kita tidak akan mendengar lagi berita tentang kemalangan helikopter yang melibatkan pesawat TUDM??

Jika wujud lagi kemalangan pesawat-pesawat TUDM, kita boleh simpulkan bahawa mungkin TUDM tidak memberikan latihan yang cukup kepada juruterbang negara kita..... atau ia mungkin ia hanya takdir ketentuan Tuhan...


,