Google

Sunday, September 23, 2007

Alfatihah kepada adik Nurin Jazlin Jazimin


Setelah hampir sebulan kes kehilangan adik Nurin Jazlin. Kita digemparkan dengan berita penemuan mayat seorang kanak-kanak yang dijumpai di dalam sebuah beg di mana mayat kanak-kanak itu dilipat kakinya untuk dimuatkan ke dalam beg itu.

(kiri) mayat yang ditemui di dalam beg, (kanan) gambar adik Nurin Jazlin ketika masih hidup


Hasil ujian DNA, pasukan forensik polis Malaysia mengesahkan bahawa 99.99% DNA mayat itu mempunyai persamaan dengan keluarga Jazimin. Ini sekaligus mengesahkan bahawa mayat itu adalah adik Nurin Jazlin.

Kenapakah wujudnya pembunuh yang kejam seperti ini di negara kita?
Adakah pembunuhan ini bermotifkan dendam, pembunuhan rambang atau nafsu seksual?


Kita amat sedih sekali apabila mendapati bahawa persekitaran tempat tinggal kita tidak lagi selamat kerana kemungkinan pembunuh ini ada di sekitar kawasan rumah kita.

Adakah kita perlu sentiasa mengawasi gerak-geri anak-anak kita setiap masa? Sesuatu perlu dilakukan oleh kerajaan dari segi menaiktaraf profesionaliti unit forensik dan memantau setiap bekas penjenayah seksual di negara ini.

Jika kita lihat, polis mengenal pasti identiti mayat itu dengan menggunakan DNA dari sampel darah atau rambut. Namun, cara yang paling mudah untuk mengenali identiti seseorang itu hanyalah dengan mengambil cap jari ( finger print) kerana setiap manusia mempunyai cap jari
yang berlainan.
Namun, cara tidak dapat dipraktikkan lagi kerana kita masih tidak mempunyai database yang mampu untuk membandingkan sampel cap jari dengan cap jari di dalam database komputer.

Marilah kita berdoa semoga kejadian ini adalah kejadian yang terakhir yang melibatkan kanak-kanak yang masih tidak mengenali erti kehidupan lagi. Semoga pemergian adik Nurin Jazlin menjadi ikhtibar untuk kerajaan dan semua masyarakat Malaysia bahawa kita perlu saling bantu-membantu diantara jiran dan masyarakat.



,