Google
Showing posts with label Erra. Show all posts
Showing posts with label Erra. Show all posts

Tuesday, October 30, 2007

Pernikahan Erra Fazira & Engku Emran



Pelakon popular, Erra Fazira, 33 tahun, telah selamat dinikahkan dengan Ketua
Pegawai Operasi, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 32 tahun, pada 25 Oktober lalu di Restoran Puteri, Sungai Penchala, Taman Tun Dr Ismail.

Upacara pernikahan Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik dengan Engku Emran telah dilakukan oleh Pendaftar, Nikah Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Nasroddin Mat Daud yang mewakili bapa saudara Erra, Borhan Ridhuan sebagai wali.


Majlis itu dihadiri seramai 400 tetamu yang terdiri daripada keluarga rapat,
kenalan dan pihak media.
Erra dinikahkan dengan mas kahwin RM80 selain tujuh
dulang hantaran iaitu sirih junjung, beg tangan, minyak wangi, set barang kemas,
dua naskhah al-Quran dan dua telekung serta sejadah yang dibawa pengantin lelaki.
Dan dibalas dengan sembilan dulang oleh pihak perempuan.


Ini merupakan pernikahan kedua Erra. Pada 15 Jun 2003 dia pernah mendirikan
rumahtangga dengan anggota kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim. Bagaimanapun,
perkahwinan itu tidak sampai dua tahun apabila Erra dan Yusry kemudiannya bercerai
pada 26 April 2006.

Erra berdoa agar perkahwinannya itu akan berkekalan sehingga ke akhir hayat dan
berharap dapat menjalani kehidupan yang normal sama seperti keluarga yang lain.
Kenduri di pihak pengantin lelaki akan diadakan pada 3 November depan.
Bagaimanapun Engku Emran enggan mendedahkan lokasi tersebut. Berhubung lokasi
berbulan madu, kedua-duanya memilih luar negara sebagai destinasi dan dijangka
berlepas November ini.


Selepas diijab kabul, cincin bertatahkan berlian disarungkan ke jari manis Erra.
Dia turut membalas pemberian Emran dengan sebentuk cincin juga. Suasana majlis
cukup indah apabila percikan bunga api yang berdentum hampir 20 kali bagaikan
simbolik semarak percintaan mereka ketika Erra dan Emran memotong pulut kuning.
turut hadir ialah teman baik Erra, Umie Aida dan Zahida Rafik, Nor Aliah Lee, Aziz
M Osman, Azwan Ali, Sharifah Shahora, Vanidah Imran, Chef Zam, Nikki dan Yanie.



Monday, September 17, 2007

Pertunangan Erra Fazira & Engku Imran berhantaran senaskah Al-Quran

Erra Fazira, 33, bakal menamatkan zaman janda apabila menerima pinangan dari pihak jejaka pilihan hatinya, Engku Emran Dato Engku Zainal Abidin, 32, Ketua Pegawai Operasi (COO) SuriaFm di kediaman Erra, yang terletak di Damansara Kim pada petang Jumaat lalu..

Setelah menjalinkan hubungan selama tiga bulan, kedua pasangan yang sama cantik dan sama padan ini, mengambil keputusan untuk meletak titik noktah kepada gosip liar yang melanda mereka sejak dua bulan sudah.

Pertunangan yang berlangsung secara sederhana tetapi tetap diselubungi dengan kemeriahan dan secalit glamor, turut dihadiri oleh para wartawan, sebilangan artis seperti Umie Aida, Zahida Rafik, Zaibo, penerbit filem Raja Alawiyah, beberapa kenalan dan keluarga terdekat.





Wang hantaran pula, tidak seperti lazimnya, kerana pihak perempuan hanya meminta senaskah Al-Quran. Difahamkan, pihak perempuan tidak menetapkan berapa wang hantaran kerana Erra inginkan kelainan pada kali ini.

"Wang hantaran hanya adat saja. Saya sudah lalui semua ini dahulu. Wang ringgit itu semua akan datang kemudian," ujar Erra lagi seolah-olah meminta pengertian dari semua orang.

Bonda Engku Emran, Toh Puan Salmah Hj Abdullah telah menyarungkan cincin ke jari manis Erra yang duduk persis seorang 'Puteri' di atas pelamin ciptaan Pak Abu. Pelamin indah yang bertemakan warna krim dan putih itu tampak menarik dengan hiasan jambangan bunga mawar merah di kiri dan kanan berlatarkan kain sutera berombak serta dipenuhi dengan taburan kelopak bunga mawar.




,