Google

Monday, September 17, 2007

Dewa 19 Perjuangkan Yahudi?

Tanpa kita sedari, rupa-rupanya Ahmad Dhani, vokalis Dewa 19 adalah seorang yg berketurunan Yahudi. Menurut sumber, dia pernah menyebut bahawa generasi terdahulunya adalah keturunan German beragama Yahudi. Thanks to Jan Pieter Frederich Kohler( thanks for the Gen) adalah satu ucapan dari Ahmad Dhani yang mengundang kontroversi dimana beliau Berbangga dengan keturunannya.

Kumpulan telah lama mengundang syak dari pihak ulama dan pengkaji Agama Indonesia apabila setiap album Dewa memaparkan simbol dan lambang yang berkaitan dengan pergerakan Yahudi.



Tokoh budayawan Indonesia, H Ridwan Saidi berkata,"Saya sebagai orang yang telah lama mempelajari dan mendalami Zionisme BERANI mengatakan bahawa ini(Kumpulan Dewa) merupakan usaha penyebaran simbol-simbol Yahudi yang terbesar dalam sejarah Indonesia." Bekas anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) yang kini dikenali sebagai tokoh budayawan pernah menjejakkan kaki ke Israel untuk mempelajari Zionisme dan agama yahudi.

Ridwan mendakwa, gambar piramid yang terdapat pada kulit album DEWA 19 (1992) adalah mirip lambang gerakan rahsia Zionisme (Illuminati) yang dicipta oleh Adam Weishaupt (1748-1830). Weishaupt adalah pemimpin gerakan 'Ancient and Illuminated Seers of Bavaria' (AISB), sebuah gerakan rahsia Masonic yang memperjuangkan doktrin Luciferic di bawah payung pertubuhan Freemason antarabangsa. Logo yang sama juga boleh ditemui pada wang kertas US$1 dengan moto NOVUS ODO SECLORUM yang bermaksud Tata Dunia Baru (New World Orde). Ini secara tidak langsung telah memberi maksud akan usaha gerakan Zionisme untuk menguasai dunia, apa yang telah mereka capai dalam pelbagai bidang termasuk muzik dan hiburan pada masa ini!!!

Dalam album TERBAIK-TERBAIK (1995), Ridwan mendakwa simbol yang terpampang pada kulit album itu adalah imej DEWA RA (dewa matahari dalam metologi Mesir Kuno) yang diterima oleh penganut yahudi sebagai salah satu Tuhan mereka. Seperti orang Islam dan Kristian, Yahudi turut menyembah Allah yang dipanggil YHWH (Yehweh) tetapi TUHAN bagi mereka bukan ESA atau satu.YEhweh (Allah) sebaliknya dianggap sebagai LORD OF THE LORDS (Tuhan segala Tuhan) yang selain Allah ada lagi tuhan-tuhan yang lain. (Dalam album Laskar Cinta, Ahmad Dhani turut menyebut ALLAH SWT sebagai LORD OF THE LORDS)Huh

"Dalam album yang sama, ada pula satu halaman PROTOCOL OF ZIONS (Protokol Zionis) dalam bahasa Hebrew (bahasa Yahudi) yang siap dengan judul dan logo." katanya yang memang menguasai bahasa tersebut. Simbol Protocol Of Zions yang berbentuk mata menggambarkan perjuangan Zionis untuk 'memerhati' dunia dan menguasainya. Dikatakan mata itu juga adalah sempena mata OSIRIS, salah satu daripada dewa yahudi. Ada juga orang menganggap simbol mata satu itu adalah 'MATA DAJJAL' atau mata syaitan (Evil Eyes).

Dalam album THE BEST OF DEWA 19 (1999), terdapat simbol panah dan garis lurus yang memotong salib. Itu merupakan salah satu simbol gerakan Freemason, pertubuhan yang menaungi segala kegiatan Zionisme antarabangsa melalui gerakan sulit dalam pelbagai bidang seperti kebajikan, ekonomi, politik dan sebagainya.

Dalam album BINIMA (2000), gambar sayap yang digunakan merupakan simbol kumpulan THEOSOFIE, sebuah pertubuhan keagamaan Yahudi. lambang sayap juga adalah lambang rasmi DEWA yang turut digunakan dalam album ATAS NAMA CINTA I & II (2004). Album CINTAILAH CINTA (2002) pula memuatkan simbol EYE OF HORUS. Horus adalah Dewa Burung, salah satu dewa orang Yahudi yang berasal dari mitologi Mesir Purba. Selain itu, banyak terdapat simbol mata gerakan Freemason.


Dalam album terbaru LASKAR CINTA (2005) turut mencetuskan kontroversi ialah lagu 'SATU' yang bagi Ridwan Saidi membawa mesej ajaran sesat WAHDATUL WUJUD yang dipelopori Sheikh Siti Jenar yang turut dikenali dengan penggilan AL HALLAJ. Dalam kata-kata aluan di kulit album, Ahmad Dhani sendiri dikatakan mengesahkan 'hubungan' itu dengan ungkapan:"THANKS TO: AL-HALLAJ" manakala di bawah lirik tersebut pula terbdapat ucapan :"THANKS TO SYEKH LEMAN ABANG". 'SYEKH LEMAN ABANG' adalah nama lain bagi SHEIKH SITI JENAR!!!

Satu lagi kontroversi yang dicetuskan apabila Ahmad Dhani dalam ruangan kata-kata aluan menulis :"DHANI THANKS TO...JAN PIETER FREDERICH KOHLER (THANKS FOR THE GEN)" yang bermaksud :"DHANI BERTERIMA KASIH KEPADA...JAN PIERTER FREDERICH KOHLER (TERIMA KASIH ATAS DARAH KETURUNANNYA).Ridwan mendakwa, Jan Pierter Frederich Kohler yang disebut Ahmad Dhani merupakan nama datuk dari keturunan sebelah ibunya, Joyce Theresia Pamela Kohler.KOHLER katanya adalah nama keluarga atau nama marga orang Jerman. "Dhani ternyata begitu bangga akan darah keturunannya itu." kata Ridwan

Kini terlerailah sudah tanda tanya mengapa selama ini dia sering mengenakan kalung yang berloket Bintang David, simbol zionis seperti yang terdapat pad bendera negara Israel. (Pada lewat tahun 1990an dulu, seorang artis wanita Malaysia juga pernah mencetuskan kontroversi kerana memakai loket simbol yang sama).

Missing Person

Sesiapa yang pernah terlihat kanak-kanak ini selepas 20 Ogos 2007. Silalah hubungi nombor yang tertera di iklan ini. Sehingga sekarang tiada petunjuk untuk pihak berkuasa untuk mencari kanak-kanak ini.
Sama-sama kita doakan semoga beliau dapat pulang ke pangkuan keluarga mereka.

Pertunangan Erra Fazira & Engku Imran berhantaran senaskah Al-Quran

Erra Fazira, 33, bakal menamatkan zaman janda apabila menerima pinangan dari pihak jejaka pilihan hatinya, Engku Emran Dato Engku Zainal Abidin, 32, Ketua Pegawai Operasi (COO) SuriaFm di kediaman Erra, yang terletak di Damansara Kim pada petang Jumaat lalu..

Setelah menjalinkan hubungan selama tiga bulan, kedua pasangan yang sama cantik dan sama padan ini, mengambil keputusan untuk meletak titik noktah kepada gosip liar yang melanda mereka sejak dua bulan sudah.

Pertunangan yang berlangsung secara sederhana tetapi tetap diselubungi dengan kemeriahan dan secalit glamor, turut dihadiri oleh para wartawan, sebilangan artis seperti Umie Aida, Zahida Rafik, Zaibo, penerbit filem Raja Alawiyah, beberapa kenalan dan keluarga terdekat.





Wang hantaran pula, tidak seperti lazimnya, kerana pihak perempuan hanya meminta senaskah Al-Quran. Difahamkan, pihak perempuan tidak menetapkan berapa wang hantaran kerana Erra inginkan kelainan pada kali ini.

"Wang hantaran hanya adat saja. Saya sudah lalui semua ini dahulu. Wang ringgit itu semua akan datang kemudian," ujar Erra lagi seolah-olah meminta pengertian dari semua orang.

Bonda Engku Emran, Toh Puan Salmah Hj Abdullah telah menyarungkan cincin ke jari manis Erra yang duduk persis seorang 'Puteri' di atas pelamin ciptaan Pak Abu. Pelamin indah yang bertemakan warna krim dan putih itu tampak menarik dengan hiasan jambangan bunga mawar merah di kiri dan kanan berlatarkan kain sutera berombak serta dipenuhi dengan taburan kelopak bunga mawar.




,